Newspaper Featured Article – One-Day IMM Facility Integrity & Maintenance Conference 2023

Utusan Borneo – 18 March 2023

Raymond menyampaikan tanda penghargaan kepada salah seorang peserta persidangan terbabit.Raymond menyampaikan tanda penghargaan kepada salah seorang peserta persidangan terbabit.

BINTULU: Institute of Materials, Malaysia (IMM) meneruskan agenda bagi membangunkan sains dan teknologi bahan dalam kalangan pemain industri tempatan khususnya di Bintulu, kata Pengerusi IMM Bintulu Chapter Raymond Phen.

Menurut beliau, IMM yang telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan kini berusia 36 tahun diiktiraf sebagai pihak berkuasa dalam sains dan teknologi bahan di Malaysia.

“Ia berperanan penting dalam menyediakan pensijilan mahir dalam kemahiran kakisan, salutan, kimpalan, getaran dan penebatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Persidangan Integriti dan Penyelenggaraan Fasiliti IMM Bintulu 2023 di The Marina, Goldenbay Hotel Bintulu baru-baru ini.

Raymond berkata, sebagai badan saintifik profesional, IMM terdiri daripada ahli akademik dan pengamal industri yang akan terus meningkatkan kesedaran berkaitan sains dan teknologi bahan.

Menurutnya, pada Oktober 2017 IMM Bintulu Chapter telah menganjurkan Persidangan Loss of Primary Containment (LOPC) di Hotel Parkcity Everly di sini.

“Antara tahun 2017 dan 2019, IMM Bintulu Chapter menyelaraskan mesyuarat Meningkatkan Kemahiran Jurutera dan Juruteknik Sarawak (USET).

“Ia bagi membincangkan mekanisme untuk meningkatkan kemahiran rakyat Sarawak bagi memenuhi keperluan tenaga mahir tempatan,” katanya.

Malangnya tegas beliau, aktiviti ini telah tergendala dan tidak aktif disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Justeru, beliau melahirkan penghargaan serta terima kasih buat semua perwakilan yang hadir dalam persidangan yang diadakan kali ini kerana memberikan sokongan serta komitmen yang tinggi dalam program yang memberikan manfaat buat semua pemain industri di Bintulu.

Reported by : Ambrose Rirang, Utusan Borneo, 18 March 2023

Original post can be retrieved HERE